Saturday, March 14, 2009

Telah 7 tahun berlalu, kenangan semasa belajo dulu masih belum dapat teman lupa.. terimbau memori pahit manis semasa di UIAM dulu. Kalau diikutkan rase, tentunya nak jer belajo sampai ke tua.. tapi fikirkan tanggungjawab tu biorler dulu, lepas2 ni boleh ler usahakan sambung belajo..

Nasib baik ader teknologi terkini.. internet, etc.. masih dapat berhubung dengan kawan2 lama even jika deme dok luar negara sekalipun.. Semalam Man. United main dan disayurkan oleh liverpool. best gak game tersebut dan yang paling meriah aderlah reaksi selepas perlawanan.

Bukak jer facebook, penuh dengan komen daripada mereka yang tidak berpuas hati dan peminat-peminat Liverpool yang merayakan kemenangan (macam dah juara liga jer). Padahal hanya satu game jer dah meriah x ingat. En Azam yang jauh di Sudan tu pun merayakan kemenangan (ayat 'sayur' ni pinjam dari dia.. hehe).

Kawan2, biorler jauh jarak dan masa berubah.. hopefully ukhwah tetap bertaut seperti dulu2 lagi.. hehe Adios, makan dulu

Friday, March 13, 2009

Mencari Sinar di Bumi Tuhan...

Selamat datang kepada semua yang membaca, terbaca, sengaja nak baca dan dibacakan. Bismillah sebagai pembuka kata, buat saya harap akan lebih bersedia dalam mengimarahkan lagi blog ini..